Blogger Backgrounds

Thursday 1 December 2011

IMPLIKASI-IMPLIKASI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Implikasi-implikasi perkembangan Tekonologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara membangun dan juga negara-negara sedang membangun. Penulis artikel ini juga mengatakan bahawa terdapat empat (4) implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan. Dengan adanya perkongsian maklumat, penguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang di tawarkan. Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan computer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakkan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Faktor-faktor yang menghalang ini, tidak memberi kesan terhadap negara-negara maju untuk mengaplikasikan teknologi berasaskan computer. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelejar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line serta mendapatkan sijil-sijil kelayakan menerusi Internet dan sistem perhubungan. Ketiga, perubahan pasaran tenaga kerja. Pelbagai struktur aspek perkembangan pekerjaan dalam pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri berbeza. Perolehan proses maklumat adalah asas dalam kehidupan (tiket-tiket penerbangan, pengurusan pembayaran) yang menjana permintaan pembelajaran baru untuk kemahiran berbahasa dan pengurusan maklumat.Keempat, perubahan cara pengetahuan dijana dan diperakui. Gibbons (1998) mengenal pasti dua (2) mod dalam penghasilan pengetahuan. Mod 1 telah mengklasifikasi tahap pengetahuan melalui susunan pentadbiran dalam kedudukan organisasi, perakuan pengetahuan oleh golongan komuniti yang professional tertentu khususnya bidang pengajian dan akademik. Mod 2 adalah berbeza. Aplikasi terhadap penghasilan pengetahuan, akan meyebabkan masalah yang timbul dari segi ekonomi dan sosial berbanding dengan masalah displin. Organisasi menyelaraskan semua tugasan berstruktur dengan menjalinkan kerjasama diantara kajian dan pembangunan kakitangan yang ditempatkan di dalam institusi yang berlainan mengikut cara / corak yang bersesuaian.Berdasarkan mod Gibbons, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh diaplikasikan mengikut / melalui mod 2 yang mana lebih mudah untuk digunapakai.

Peluang-Peluang dan Kelebihan-Kelebihan yang Berkaitan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Artikel ini juga, turut membincangkan mengenai peluang-peluang dan kelebihan-kelebihan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikas (ICT) yang turut dimuatkan di dalam jadual 1. Selain itu, sebahagian kelebihan-kelebihan yang paling ketara mengenai pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah:
1)       Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan penguna-penguna mendapatkan maklumat / informasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem maklumat global / informasi sejagat.
2)       Menukarkan mod perkhidmatan pembelajaran dan pendidikan
3)       Perhubungan dan interaksi di Internet mewujudkan persekitaran dan
4)        suasana pembelajaran yang berbeza.
5)       Mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru mengikut kesesuaian dan keperluan pendidikan.
6)       Peningkatan pasaran bagi perkhidmatan pendidikan untuk individu dan institusi dalam negara sedang membangun.
7)       Tidak terhad / terbatas dalam mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran.
8)       Memanafaatkan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam menghasilkan maklumat yang banyak untuk berkemahiran belajar, perkembang dalam pembelajaran, dan keutamaan pelajaran.
9)       Membolehkan untuk mendapatkan sijil-sijil kelayakan dan penilaian.
10)   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk meningkatkan pentadbiran dan peruntukan bahan melalui sistem pencapaian untuk mengawasi dan menganalisis.

No comments:

Post a Comment