Blogger Backgrounds

Thursday 1 December 2011

Gambar Komponen Dan Fungsi Bagian Komputer





Mungkin banyak dari kita belum mengerti bagian-bagian komputer dan fungsinya, sedikit informasi tentang sekilas komponen dan fungsi-fungsi bagian komputer beserta keterangan singkat dan gambar komponen komputer yang mungkin dapat menambah wawasan tentang ilmu komputer kita.


Bagian pertamaMotherboard
Komponen induk dari sebuah komputer ini memegang peran yang sangat penting dalam stabilitas kinerja komputer, di bagian inilah seluruh komponen lainnya terpasang dan saling berkomnukasi antar bagian disini juga pengaturan seluruh kinerja komputer diatur, spesifikasi motherboard sangat berpengaruh terhadap ketahanan memproses sebuah komputer, terutama bagi gamers ataupun designer yang lebih mengutamakan akselerasi

Bagian KeduaProcessorKomponen yang satu sering kali di ibarat dengan otak sebuah komputer, sesuai namanya processor adalah komponen yang bertugas memproses perintah dan logika yang diberikan oleh operator komputer, banyaknya jenis processor yang ada sebanding dengan software yang berkembang dipasaran kerena dituntut untuk dapat melakukan banyak perkerjaan salam satu waktu terkadang pemilihan processor yang kita gunakan harus tepat, karena jika sampai salah pilih akan berimbas pada lambatnya proses kerja sebuah komputer yang pasti berimbas langusng pada pekerjaan pengguna komputer

Bagian Ketiga, Memory atau RAM (Random Access Memory)

Bila saya ibaratkan processor adalah pompa air dan air adalah data yang di proses, maka memory atau ram ini adalah bak penampung sementara yang berfungsi menampung data yang telah terproses oleh processor sebelum di alirkan kebagian-bagian yang membutuhkan, banayknya pengembangan yang dilakukan pada bagian ini membuat kita lebih mudah dalam pemilihan ram yang cocok untuk pekerjaan kita, apalagi sekarang hampir semua merk menerapkan sistem garansi lifetime pada ram.

Bagian Keempat, Video Card (VGA)
Fungsi dari Video card adalah mengolah gambar sebelum ditampilkan ke monitor, banyaknya kebutuhan pengolahan gambar bagi gamers atau designer yang mengharuskan merogoh kantong yang agak dalam, beruntung sekarang bagi pengguna komputer kantor video grafis sudah terintegrasi dalam motherboard sehingga lebih menghemat pengeluaran.

Bagian KelimaHardisk
Fungsi hardisk sebagai media penyimpanan data pada komputer, kapasitas yang benar tentu saja berpengaruh terhadap jumlah data yang dapat kita simpan, ditambah lagi buffer yang besar akan membantu kecepatan transfer baik antar hardisk ataupun untuk proses suatu program. Fungsi lain dari hardisk untuk penyimapanan data yang bersifat mobile dengan sedikit penambahan casing pada hardisk laptop.

Bagian KeenamOptical Disk Drive (ODD)
Fungsi utama untuk pembacaan pada media CD ataupun DVD, memang secara fungsi sekarang kurang diminati karena banyaknya media penyimpanan yang bersifat mobile dan berkapasitas lebih besar daripada CD, DVD ataupun Blueray yang dapat diakses langsung tanpa menggunakan CD atau pun DVD

Bagian Ketujuh, Monitor
Monitor berfungsi untuk menampilkan gambar dari video card, LCD mungkin lebih banyak daripada monitor tabung (CRT) selain kebutuhan listrik yang relatif ebih kecil dan hemat, kebutuhan ruang yang relatif kecilpun menjadi poin penting transisi dari CRT ke LCD, meskipun masyarkat banyak yang beralih ke LCD, beberapa profesi seperti design ataupun layout lebih bertahan di monitor CRT

Bagian Kedelapan, Mouse + Keyboard
Dua item diatas berfungsi sebagai input sebuah komputer, tidak banyak yang bisa saya gambarkan pada bagian ini, hanya kenyamanan tangan dan jari yang mungkin menjadi pion penting kita sebelum membeli bagian ini.

Bagian Kesembilan, Casing dan Power Supply
Casing dan power supply biasanya satu paket dalam komputer, yang berfungsi sebagai rumah komputer dan sebagai penyedia listrik yang yang akan dialirkan pada seluruh bagian komputer. macam-macam bentuk dan model casing yang ada sering kali dapat menipu analisa kita tentang komputer yang bagus atau bandel karena sudah sifat manusia lebih cenderung melihat dari sampulnya sebelum bertanya isinya.

IMPLIKASI-IMPLIKASI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Implikasi-implikasi perkembangan Tekonologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara membangun dan juga negara-negara sedang membangun. Penulis artikel ini juga mengatakan bahawa terdapat empat (4) implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan. Dengan adanya perkongsian maklumat, penguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang di tawarkan. Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan computer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakkan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Faktor-faktor yang menghalang ini, tidak memberi kesan terhadap negara-negara maju untuk mengaplikasikan teknologi berasaskan computer. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelejar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line serta mendapatkan sijil-sijil kelayakan menerusi Internet dan sistem perhubungan. Ketiga, perubahan pasaran tenaga kerja. Pelbagai struktur aspek perkembangan pekerjaan dalam pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri berbeza. Perolehan proses maklumat adalah asas dalam kehidupan (tiket-tiket penerbangan, pengurusan pembayaran) yang menjana permintaan pembelajaran baru untuk kemahiran berbahasa dan pengurusan maklumat.Keempat, perubahan cara pengetahuan dijana dan diperakui. Gibbons (1998) mengenal pasti dua (2) mod dalam penghasilan pengetahuan. Mod 1 telah mengklasifikasi tahap pengetahuan melalui susunan pentadbiran dalam kedudukan organisasi, perakuan pengetahuan oleh golongan komuniti yang professional tertentu khususnya bidang pengajian dan akademik. Mod 2 adalah berbeza. Aplikasi terhadap penghasilan pengetahuan, akan meyebabkan masalah yang timbul dari segi ekonomi dan sosial berbanding dengan masalah displin. Organisasi menyelaraskan semua tugasan berstruktur dengan menjalinkan kerjasama diantara kajian dan pembangunan kakitangan yang ditempatkan di dalam institusi yang berlainan mengikut cara / corak yang bersesuaian.Berdasarkan mod Gibbons, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh diaplikasikan mengikut / melalui mod 2 yang mana lebih mudah untuk digunapakai.

Peluang-Peluang dan Kelebihan-Kelebihan yang Berkaitan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Artikel ini juga, turut membincangkan mengenai peluang-peluang dan kelebihan-kelebihan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikas (ICT) yang turut dimuatkan di dalam jadual 1. Selain itu, sebahagian kelebihan-kelebihan yang paling ketara mengenai pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah:
1)       Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan penguna-penguna mendapatkan maklumat / informasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem maklumat global / informasi sejagat.
2)       Menukarkan mod perkhidmatan pembelajaran dan pendidikan
3)       Perhubungan dan interaksi di Internet mewujudkan persekitaran dan
4)        suasana pembelajaran yang berbeza.
5)       Mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru mengikut kesesuaian dan keperluan pendidikan.
6)       Peningkatan pasaran bagi perkhidmatan pendidikan untuk individu dan institusi dalam negara sedang membangun.
7)       Tidak terhad / terbatas dalam mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran.
8)       Memanafaatkan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam menghasilkan maklumat yang banyak untuk berkemahiran belajar, perkembang dalam pembelajaran, dan keutamaan pelajaran.
9)       Membolehkan untuk mendapatkan sijil-sijil kelayakan dan penilaian.
10)   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk meningkatkan pentadbiran dan peruntukan bahan melalui sistem pencapaian untuk mengawasi dan menganalisis.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KEPADA NEGARA


Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistem digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusia berfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.
Antara kepentingan teknologi maklumat ialah:-
  • dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan.
  • sebagai alat perniagaan dan sosial.
  • sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
  • merapatkan hubungan sesama manusia.
  • merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
  • menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
  • dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
  • dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
  • berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
  • negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.

Kesan-Kesan Teknologi Maklumat (ICT)

Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif. 
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyiJika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. 

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilahwww.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya
dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di  kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianyaOleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet
hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Teknologi maklumat juga menjadi 
wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepabagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.

Kosa kata:
1. seyogia – sepatutnya, selayaknya
2. input – sumber
3. menginjak – mengubah
4. kompetitif – bersaing
5. glokal – tempatan
6. berbaur – bercampur
7. anarki – porak-peranda
8. wahana – saluran
9. kebejatan – keruntuhan